Idea untuk melaksanakan program Bumi Hijau merupakah satu langkah positif ke arah menyelaraskan wawasan kerajaan yang telah disuarakan untuk menampung kos sara hidup. Program ini merupakan langkah bijak dan pro-aktif di dalam mewujudkan persekitaran yang tenang disamping menjadikannya satu sumber rezeki dalam konsep "Pertanian Adalah Satu Perniagaan" atau setidak-tidaknya dapat menjimatkan belanja dapur harian. Program yang diwujudkan oleh Persatuan Penduduk Taman Arked yang mana telah dilancarkan pada 1hb Febuari baru-baru ini adalah berkesinambungan dengan aktiviti-aktiviti pertanian secara kecil-kecilan yang telah diwujudkan semenjak pembukaan taman ini.
Bagi merealisasikan satu wawasan yang telah dilancarkan oleh kerajaan, maka pertanian kecil-kecilan ini akan dikelompokan dan diselaraskan secara sistematik di bawah sistem mentor-mentee.
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment